Sunday, 12 October 2014

BIBLIOGRAFI.

  • Blog Aku Anak Pahang, Gambar dan biodata Mat Kilau (14 julai2011) .- akuanakpahang.blogspot.com.es/2011/07/gambar-dan-biodata-mat-kilau.html?m=1

  • Blog SANGTAWAL sakranta, Siri pendekar sufi Muhammad bin Imam Rasu (15 disember 2009).- sangtawal.blogspot.com.es/2009/12/siri-pendekar-sufi-muhammad-bin-imam.html?=1

  • Laman web Malaysiasensasi , Jasa Mat Kilau(9/03/2011). - www.malaysiasensasi.net/2009/11/jasa-mat-kilau.html?m=1

  • Blog zahrinzeffrin ,Tok Kenali (19 jun 2013). -zahrinzeffrin.blogspot.com.es/2013/06/tok-kenali.html?m=1

  • Blog{dot}Farul Azri, Mat Kilau:Sumpah Bahadur (31 oktober 2013) .- blog.farulazri.com/2013/10/mat-kilau-sumpah-bahadur/

LAMPIRAN 2

Tok Janggut dihukum, dan mayatnya digantung sonsang.

Gambar Tok Kenali.


Mat Kilau



Saturday, 11 October 2014

LAMPIRAN



TOK JANGGUT

DATO' BAHAMAN

TOK KENALI

TOK GAJAH

MAT KILAU

KESIMPULAN.


  Sejarah telah membuktikan bahawa kesemua pahlawan-pahlawan ini telah berjuang sehabis mungkin untuk membebaskan tanah air tercinta ini daripada pemerintahan pihak luar. Dengan hanya berbekalkan semangat,tawakal dan istiqomah mereka berjuang walau harus bergadai nyawa,harta dan pangkat mereka demi mempertahankan bumi tercinta ini. kerana sumbangan mereka, kini kita dapat merasa keamanan yang telah dikecapi sekarang. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysiakita haruslah bersatu padu dalam mempertahankan tanah air yang tercinta dan perliharalah keamanan ini untuk generasi akan datang, jangan sesekali mengulangi kesilapan orang terdahulu, jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran supaya tidak diulangi lagi, bak kata mantan perdana menteri Malaysia ke-3 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad "Sesiapa yang melupakan sejarah, mungkin kembali mengulangi sejarah itu".

PERJUANGAN MAT KILAU.



Pengenal Mat Kilau.

Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad bin Imam Rasu@Tok Gajah merupakan anak kepada pahlawan Melayu terkenal Pahang iaitu Tok Gajah. Dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kampung Kendondong,Pulau Tawar, Jerantut Pahang.  Mendapat didikan ilmu agama dan ilmu persilatan oleh bapanya sendiri iaitu Tok Gajah, Mat Kilau dikatakan pandai mengaji,berzanji dan berdikir maulud, cekap bermain senjata dan handal dalam ilmu persilatan semasa berumur 10 tahun. Terlibat sama dengan perjuangan ayahnya bersama-sama Dato’ Bahaman dalam menentang penjajahan British pada tahun 1891 Mat Kilau telah memainkan peranan yang penting dalam penentangan itu walaupun usianya ketika itu masih muda. Selepas menjadi buruan pihak British, beliau telah membawa diri di Kelantan dan Terengganu dan telah menukar namanya beberapa kali untuk mengaburi pihak British. Beliau merupakan satu-satunya pahlawan Melayu yang masih hidup dan sempat mengisytiharkan dirinya sebagai MAT KILAU pada 12 Disember 1969, namun meninggal dunia pada 16 ogos 1970, dan beliau tidak sempat menceritakan hal lebih lanjut tentang perjuangan beliau.

Peranan dan sumbangan.

Mewarisi darah pejuang daripada  ayahnya Tok Gajah, Mat Kilau telah menyertai penentangan penjajahan British di Pahang bersama ayahnya Tok Gajah dan Dato’ Bahaman pada 1891. Akibat pemberontakkan ini  mereka menjadi buruan pihak British kerana menentang penjajah dan pihak British melancarkan perang terhadap beberapa pembesar dan mengarahkan supaya mereka ditangkap dan dihukum serta-merta. Namun Mat kilau dan beberapa lagi pembesar dapat melarikan diri ke Kelantan. Beliau mula memainkan peranan untuk mengumpul pengikut dan menyebarkan semangat penentangan terhadap penjajah di Kelatan dan seterusnya Terengganu. Oleh kerana penentangan terhadap pihak British yang berterusan menyebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka dan beliau terpaksa hidup berpindah randah kerana pihak British sentiasa memburu beliau namun tidak perjuangan beliau tidak terhenti disitu, sepanjang menjadi pelarian Mat Kilau telah menubuhkan pasukan silat bagi melawan pihak  British di setiap tempat persinggahannya, rata-rata yang mempelajari ilmu persilatanya itu ialah pemuda di kampung tersebut . Mat kilau telah  dimusuhi oleh seorang agen British yang bijak dalam tipu helah dan sangat dikenali keluarganya iaitu Hugh Clifford. Datuk Awang Kelana merupakan panglima terhebat dari perak yang telah dihantar oleh Hugh Clifford untuk mengalahkan Mat Kilau. Namun usahanya gagal, Mat Kilau berjaya mengalahkan Datuk Awang Kelana.


PERJUANGAN TOK GAJAH.


Pengenalan Tok Gajah.

Tok Gajah@Imam Rasu bin Shahrum merupakan pahlawan melayu yang terkenal di Pahang. Tok Gajah merupakan ayah kepada Mat Kilau. Beliau juga mempunyai beberapa nama lain selain nama Tok gajah iaitu Imam Perang Rasu dan Khatib Rasu. Merupakan pembesar Melayu  pada zaman Bendahara Wan Ahmad dan penasihat utama Sultan berkaitan hal-hal mengenai kawasan-kawasan di hilir sungai Pulau Tawar. Seorang yang berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam menentang penjajahan British terhadap Pahang. Tok gajah meninggal dunia  pada tahun 1901 di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Peranan dan Sumbangan

Perlaksanaan peraturan baru oleh British telah menyebabkan ramai pembesar Melayu berasa tidak puas hati oleh kerana hak keistimewaan mereka dirampas pihak British,rentetan peristiwa ini pemberontakkan dikalangan pembesar dan rakyat berlaku. Tok Gajah merupakan ketua Pasukan pemberontak dalam penentangan British.Bersama-sama dengan Dato’Bahaman dan anak lelakinya sendiri iaitu Mat Kilau sekitar tahun 1890an.  Keperibadian beliau yang tegas dan berani menjadikannya ditakuti oleh pihak British. Semangat juang yang ditunjukkan beliau terselah  selepas berjaya menumpaskan 100 orang tali barut dan pasukan British bersama Mat Kilau dan Dato Bahaman. Beliau juga merupakan Ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajahan British. Pada peringkat awal perjuangan Tok Gajah,Mat Kilau dan Dato’ Bahaman mendapat sokongan rakyat namun selepas difitnah oleh pihak British mereka dianggap sebagai penderhaka dan penjahat. Tok Gajah telah melarikan diri ke Terengganu  dan meninggal dunia pada tahun 1901 di Kuala Berang,Hulu Terengganu.

PERJUANGAN TOK KENALI.


Pengenalan Tok Kenali.

Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bin Ahmad al-kalantani merupakan tokoh ulama dan perjuang termasyhur bukan saja dinegara ini malah di Asia Tenggara juga . Dilahirkan di Kelantan sekitar tahun 1871. Berkeperibadian warak anak  kepada pasangan Ahmad al-Kalantani dan Fatimah merupakan seorang yang pintar dan mahir dalam menguasai ilmu pengetahuan. Hasrat untuk mendalami ilmu mendorong beliau berhijrah ke Makkah pada usia 18 tahun. Berada di Makkah selama 17 tahun dan kemudian di Mesir selama 5 tahun. Beliau pakar dalam ilmu nahu dan syaraf serta tasawur,hadis dan tauhid.  Merupakan individu yang banyak menyumbang dalam bidang pendidikan terutama pendidikan pondok. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933.

Peranan dan Sumbangan.

Tok Kenali merupakan individu yang memperkenalkan pengajian Islam  menggunakan sistem pondok selepas pulang ke kampung halamanya pada tahun 1908.”. Selain menjadi ketua pengasas majalah “PENGASUH”  yang dikeluarkan buat pertama kalinya pada 11 julai 1918, Tok Kenali juga merupakan orang penting dibelakang tabir penghasilan majalah ini. Majalah Pengasuh masih wujud sehingga kini. Tok Kenali juga merupakan Ahli Majlis Agama dan Adat istadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis Ulama. Merupakan anak murid yang paling dipercayai oleh seorang ulama yang berbangsa Melayu tetapi menetap di Makkah iaitu Sheikh Ahmad al-Fatani iaitu pengasas Jam’iyatu al-Fatanah yang menarik Ulama dan pelajar Melayu di Makkah dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah. Tok Kenali bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang ulama dan pendidik malah beliau juga mengikut jejak langkah gurunya Sheikh Ahmad al-fatani dalam memperjuangkan kemerdekaan. Mendapat gelaran “Serambi Makkah” beliau berperanan terhadap kebangkitan islam di Kelantan .Selain itu  Tok Kenali juga telah menubuhkan Maik yang bertujuan melahirkan generasi perjuang melalui sekolah Maik atau juga dikenali sebagai Maahad Muhammad. Beliau telah menghantar anak muridnya ke Mesir untuk mendalami ilmu bagi perjuangan reformasi dalam pembaharuan umat islam yang berjuang menuntut kemerdekaan melalui risalah Al-Imam.

PERJUANGAN DATO' BAHAMAN.


Latar belakang Dato’ Bahaman

Abdul Rahman bin Tuanku Iman Nuh atau lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di semantan, daerah kekuasaannya di Pahang, Tanah Melayu. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad. Dato’Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam Perang Saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang.

Peranan Dato’Bahaman

Pada Oktober  1891, Dato’ Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan, kesabaranDato’ Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British. Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Selain itu, Tok Gajah telah membantu perjuangan Dato’ Bahaman. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah terpaksa pulang ke Bera. Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. UlamaTok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris di Terengganu. Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya pada 14 Jun 1894. Selain itu, Haji Abdul Rahman Limbong, banyak memberi corak agama dalam pemberontakan di Terengganu. Kesan dari kebangkitan pada tahun 1922,1925 dan 1928 jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat berkaitan strategi penentangan. Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul  di Kuala Berang dan Temelong sebelum tercetusnya pemberontakan.

PEJUANGAN TOK JANGGUT.

LatarbelakangTokJanggut

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Beliau digelar sebagaiTok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada. Beliau lahir pada tahun 1850 dan meninggal pada tahun 1915. Beliau lahir di Kampung Saring Daerah Jeram, Kelantan. Selain itu, beliau ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuhsemasamenentangpengenaancukaiolehpihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

PerananTokJanggut

Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan sokongan oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen menentang peraturan baru dan British. Tok Janggut adalah pahlawan terbilang yang terkenal dengan keberanian mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang kuasa penjajah British. Perjuangan Tok Janggut merupakan peristiwa benar yang tidak akan dilupai rakyat khususnya anak jati Pasir Puteh. Walaupun banyak versi yang dapat didengar mahupun dibaca mengenai sejarah perjuangan Tok Janggut, namun dia tetap merujuk kepada Perang Pasir Puteh apabila Tok Janggut tidak senang dengan dasar British yang sangat menekan serta sering membatasi adat susila dan agama suci Islam. Selain itu,Tok Janggut berjaya menawan Rumah Pasung, Pejabat Jajahan serta menghalau Ketua Jajahan dan tentera British hingga ke Kota Bharu sebelum mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 13 Mei 1915. “Jika ditanya apa yang kita ada sebagai anak jati Pasir Puteh, maka saya akan menjawabnya dengan mengatakan bahawa saya ada Tok Janggut dan jawapan ini juga boleh digunakan seluruh rakyat apabila ditanya apa yang kita ada sebagai rakyat negara ini. Jasa dan pengorbanan Tok Janggut sepatutnya lebih dihargai jika kita mahu menghormati sejarah dengan mengakui bahawa tarikh kemerdekaan kita ialah pada tarikh pengisytiharaan oleh Tok Janggut biar pun kebebasan itu tidak kekal,” katanya. Pada tahun 1915, Tok janggut yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan telah memimpin kemimpinan kebangkitan ummah menentang kemaraan penjajahan British yang cuba memijak syariat Islam.

PENDAHULUAN

 Sejarah tidak boleh memadamkan perjuangan ulama di seluruh dunia berjuang untuk menentang imperialis dengan darah dan keringat mereka yang sanggup berkorba nnyawa demi. kemerdekaan Negara. Sejarah mengakui peranan ulama,tokoh agama dan pemikir Islam dahulu menjadi perintis utama menentang penjajah dan membimbing masyarakat untuk menuntut kemerdekaan. Ulama islam melaksanakan tugas mereka secara bijaksana. Contohnya, menyebarkan dakwah kepada masyarakat dan dalam masa yang sama berani menentang penjajah dan meniupkan semangat kemerdekaan. Sepanjang era tahun 1906 hingga 1942, perjuangan golongan agama bangun menyedarkan masyarakat Melayu melalui penubuhan sekolah atau madrasah dan pondok yang begitu banyak di seluruh negara serta melalui wadah surat khabar, majalah, aktiviti penulisan kitab, penterjemahan dan sebagainya dalam proses menuntut kemerdekaan dari penjajah.