Saturday, 11 October 2014

PERJUANGAN MAT KILAU.



Pengenal Mat Kilau.

Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad bin Imam Rasu@Tok Gajah merupakan anak kepada pahlawan Melayu terkenal Pahang iaitu Tok Gajah. Dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kampung Kendondong,Pulau Tawar, Jerantut Pahang.  Mendapat didikan ilmu agama dan ilmu persilatan oleh bapanya sendiri iaitu Tok Gajah, Mat Kilau dikatakan pandai mengaji,berzanji dan berdikir maulud, cekap bermain senjata dan handal dalam ilmu persilatan semasa berumur 10 tahun. Terlibat sama dengan perjuangan ayahnya bersama-sama Dato’ Bahaman dalam menentang penjajahan British pada tahun 1891 Mat Kilau telah memainkan peranan yang penting dalam penentangan itu walaupun usianya ketika itu masih muda. Selepas menjadi buruan pihak British, beliau telah membawa diri di Kelantan dan Terengganu dan telah menukar namanya beberapa kali untuk mengaburi pihak British. Beliau merupakan satu-satunya pahlawan Melayu yang masih hidup dan sempat mengisytiharkan dirinya sebagai MAT KILAU pada 12 Disember 1969, namun meninggal dunia pada 16 ogos 1970, dan beliau tidak sempat menceritakan hal lebih lanjut tentang perjuangan beliau.

Peranan dan sumbangan.

Mewarisi darah pejuang daripada  ayahnya Tok Gajah, Mat Kilau telah menyertai penentangan penjajahan British di Pahang bersama ayahnya Tok Gajah dan Dato’ Bahaman pada 1891. Akibat pemberontakkan ini  mereka menjadi buruan pihak British kerana menentang penjajah dan pihak British melancarkan perang terhadap beberapa pembesar dan mengarahkan supaya mereka ditangkap dan dihukum serta-merta. Namun Mat kilau dan beberapa lagi pembesar dapat melarikan diri ke Kelantan. Beliau mula memainkan peranan untuk mengumpul pengikut dan menyebarkan semangat penentangan terhadap penjajah di Kelatan dan seterusnya Terengganu. Oleh kerana penentangan terhadap pihak British yang berterusan menyebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka dan beliau terpaksa hidup berpindah randah kerana pihak British sentiasa memburu beliau namun tidak perjuangan beliau tidak terhenti disitu, sepanjang menjadi pelarian Mat Kilau telah menubuhkan pasukan silat bagi melawan pihak  British di setiap tempat persinggahannya, rata-rata yang mempelajari ilmu persilatanya itu ialah pemuda di kampung tersebut . Mat kilau telah  dimusuhi oleh seorang agen British yang bijak dalam tipu helah dan sangat dikenali keluarganya iaitu Hugh Clifford. Datuk Awang Kelana merupakan panglima terhebat dari perak yang telah dihantar oleh Hugh Clifford untuk mengalahkan Mat Kilau. Namun usahanya gagal, Mat Kilau berjaya mengalahkan Datuk Awang Kelana.


No comments:

Post a Comment