Sejarah tidak boleh memadamkan perjuangan ulama di seluruh dunia berjuang untuk menentang imperialis dengan darah dan keringat mereka yang sanggup berkorba nnyawa demi. kemerdekaan Negara. Sejarah mengakui peranan ulama,tokoh agama dan pemikir Islam dahulu menjadi perintis utama menentang penjajah dan membimbing masyarakat untuk menuntut kemerdekaan. Ulama islam melaksanakan tugas mereka secara bijaksana. Contohnya, menyebarkan dakwah kepada masyarakat dan dalam masa yang sama berani menentang penjajah dan meniupkan semangat kemerdekaan. Sepanjang era tahun 1906 hingga 1942, perjuangan golongan agama bangun menyedarkan masyarakat Melayu melalui penubuhan sekolah atau madrasah dan pondok yang begitu banyak di seluruh negara serta melalui wadah surat khabar, majalah, aktiviti penulisan kitab, penterjemahan dan sebagainya dalam proses menuntut kemerdekaan dari penjajah.
No comments:
Post a Comment