Pengenalan Tok Kenali.
Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bin
Ahmad al-kalantani merupakan tokoh ulama dan perjuang termasyhur bukan saja
dinegara ini malah di Asia Tenggara juga . Dilahirkan di Kelantan sekitar tahun
1871. Berkeperibadian warak anak kepada
pasangan Ahmad al-Kalantani dan Fatimah merupakan seorang yang pintar dan mahir
dalam menguasai ilmu pengetahuan. Hasrat untuk mendalami ilmu mendorong beliau
berhijrah ke Makkah pada usia 18 tahun. Berada di Makkah selama 17 tahun dan kemudian
di Mesir selama 5 tahun. Beliau pakar dalam ilmu nahu dan syaraf serta
tasawur,hadis dan tauhid.
Merupakan individu yang banyak menyumbang dalam bidang pendidikan
terutama pendidikan pondok. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933.
Peranan
dan Sumbangan.
Tok Kenali merupakan individu yang memperkenalkan
pengajian Islam menggunakan sistem
pondok selepas pulang ke kampung halamanya pada tahun 1908.”. Selain menjadi
ketua pengasas majalah “PENGASUH” yang dikeluarkan buat pertama kalinya pada 11
julai 1918, Tok Kenali juga merupakan orang penting dibelakang tabir
penghasilan majalah ini. Majalah Pengasuh masih wujud sehingga kini. Tok Kenali
juga merupakan Ahli Majlis Agama dan Adat istadat Melayu Kelantan dan Ahli
Majlis Ulama. Merupakan anak murid yang paling dipercayai oleh seorang ulama
yang berbangsa Melayu tetapi menetap di Makkah iaitu Sheikh Ahmad al-Fatani iaitu
pengasas Jam’iyatu al-Fatanah yang menarik Ulama dan pelajar Melayu di
Makkah dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah. Tok
Kenali bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang ulama dan pendidik malah
beliau juga mengikut jejak langkah gurunya Sheikh Ahmad al-fatani dalam
memperjuangkan kemerdekaan. Mendapat gelaran “Serambi Makkah” beliau berperanan
terhadap kebangkitan islam di Kelantan .Selain itu Tok Kenali juga telah menubuhkan Maik yang
bertujuan melahirkan generasi perjuang melalui sekolah Maik atau juga dikenali
sebagai Maahad Muhammad. Beliau telah menghantar anak muridnya ke Mesir untuk
mendalami ilmu bagi perjuangan reformasi dalam pembaharuan umat islam yang
berjuang menuntut kemerdekaan melalui risalah Al-Imam.
No comments:
Post a Comment