LatarbelakangTokJanggut
Haji Hassan bin Panglima Mat
Munas yang
lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Beliau digelar sebagaiTok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada. Beliau lahir pada tahun
1850 dan meninggal pada tahun 1915. Beliau lahir di Kampung Saring Daerah
Jeram, Kelantan. Selain itu, beliau ialah seorang penentang penjajahan British yang
terbunuhsemasamenentangpengenaancukaiolehpihak British di
Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut
di Kelantan.
PerananTokJanggut
Tok Janggut yang
mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan sokongan oleh Haji
Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen menentang peraturan baru dan British. Tok Janggut adalah pahlawan terbilang
yang
terkenal dengan keberanian mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang kuasa penjajah British. Perjuangan Tok Janggut merupakan peristiwa benar
yang tidak akan dilupai rakyat khususnya anak jati Pasir Puteh. Walaupun banyak versi yang dapat didengar mahupun dibaca mengenai sejarah perjuangan Tok Janggut, namun dia tetap merujuk kepada Perang Pasir Puteh apabila Tok Janggut tidak senang dengan dasar
British yang sangat menekan serta sering membatasi adat susila dan agama
suci Islam. Selain itu,Tok Janggut berjaya menawan Rumah Pasung, Pejabat Jajahan serta menghalau Ketua Jajahan dan tentera
British hingga ke Kota Bharu sebelum mengisytiharkan kemerdekaan Tanah
Melayu pada tanggal 13 Mei 1915. “Jika ditanya apa yang
kita ada sebagai anak jati Pasir Puteh, maka saya akan menjawabnya dengan mengatakan bahawa saya ada Tok Janggut dan jawapan ini juga boleh digunakan seluruh rakyat apabila ditanya apa
yang kita ada sebagai rakyat negara ini. Jasa dan pengorbanan Tok Janggut sepatutnya lebih dihargai jika kita mahu menghormati sejarah dengan mengakui bahawa tarikh kemerdekaan kita ialah pada tarikh pengisytiharaan oleh Tok Janggut biar pun kebebasan itu tidak kekal,”
katanya. Pada tahun 1915, Tok janggut yang
bangkit bermandi darah di
Pasir Puteh, Kelantan telah memimpin kemimpinan kebangkitan ummah menentang kemaraan penjajahan
British yang cuba memijak syariat Islam.
saya nak jasa tok janggut
ReplyDeleteX bolehππ
DeleteX boleh, ππ
ReplyDelete