Saturday, 11 October 2014

PERJUANGAN DATO' BAHAMAN.


Latar belakang Dato’ Bahaman

Abdul Rahman bin Tuanku Iman Nuh atau lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di semantan, daerah kekuasaannya di Pahang, Tanah Melayu. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad. Dato’Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam Perang Saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang.

Peranan Dato’Bahaman

Pada Oktober  1891, Dato’ Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan, kesabaranDato’ Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British. Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Selain itu, Tok Gajah telah membantu perjuangan Dato’ Bahaman. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah terpaksa pulang ke Bera. Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. UlamaTok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris di Terengganu. Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya pada 14 Jun 1894. Selain itu, Haji Abdul Rahman Limbong, banyak memberi corak agama dalam pemberontakan di Terengganu. Kesan dari kebangkitan pada tahun 1922,1925 dan 1928 jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat berkaitan strategi penentangan. Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul  di Kuala Berang dan Temelong sebelum tercetusnya pemberontakan.

No comments:

Post a Comment